Below is an article by abukhadeejah, if need more audio download can go to this website
http://shaikhaiman.4shared.com
Tuesday, June 22, 2010
Pendapat Shaikh Ayman tentang politik dan bahaya takfir
Sebagai sokongan kepada artikel saudara Mohd Masri, saya telah upload ke dalam blog ini petikan rakaman kelas Shaikh Ayman pada hari Ahad 6hb Disember 2009, di akhir kelas di mana beliau disoal tentang beberapa pengikut PAS yang mengkafirkan ahli UMNO.
[Lihat posting saya:
http://abukhadeejah.blogspot.com/2010/06/blog-post.html]
Saya tidak dapat menterjemahkan jawapannya yang agak panjang (23minit). Tetapi ringkasannya:
* Perbuatan kafir-mengkafir ini adalah fasad (kerosakan)
* Sepertimana mereka (sebahagian pengikut PAS) mengkafirkan ahli UMNO atas dasar "memerintah / menggunakan undang-undang yang tidak diwahyukan oleh Allah" (الحكم بغير ما أنزل الله), mereka juga boleh dikafirkan atas dasar yang sama kerana mereka memasuki sistem Demokrasi yang bukan cara Islam, dan bersekongkol dengan DAP yang memang bukan Islam!
* Beliau pelik kenapa PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO? Bukankah sama-sama orang Islam?!
* Tinggalkanlah perbuatan kafir-mengkafir! Kita tidak boleh mengkafirkan orang sewenang-wenangnya! Ini boleh menimbulkan fasad dan berbagai masalah!
* Kita sentiasa merujuk kepada para ulama dalam hal-hal ini.
* Beliau menerangkan bahawa politik sekarang hanya menyebabkan lebih banyak perpecahan dalam umat, benci membenci antara satu sama lain, dan menyebabkan perasaan benci rakyat terhadap pemerintah.
* Beliau menceritakan bahawa beliau pernah pergi ke Kuala Terengganu, dan pada hari Raya, beliau perasan dan pelik 2 masjid berdekatan mengadakan solat Hari Raya. Beliau bertanya: "Mengapa begini?" Beliau diberitahu satu masjid UMNO dan satu lagi masjid PAS! Kata beliau: "Aku minta perlindungan dengan Allah daripada ini! Mereka semua orang Islam! Lihat bagaimana mereka memecah belahkan umat Islam!" Lalu beliau tanya masjid yang mana asal dan lebih tua, lalu solat di masjid itu. Dan selepas itu jelas bahawa masjid yang lebih lama adalah masjid UMNO!
* Ini dalil paling kuat tentang kerosakan yang ditimbulkan oleh parti-parti politik ini! Menyebabkan perpecahan, kebencian dan kesetiaan pada parti, dan bukan pada Islam! Kemudian ianya menanam kebencian antara rakyat dan pemerintah!
* Jalan Islam cantik dan sempurna! Ianya sentiasa mencegah jalan provokasi, fitnah dan fasad! Pemerintah muslim wajib ditaati, kecuali dalam perkara maksiat. kerana hadith nabi: "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah." Beginilah kami beragama!
* Kemudian, sekiranya kita lihat kemungkaran pada pemerintah, kita nasihat dengan cara Islam, dan bukan dengan cara barat!
* Jangan pula sangka maksud kami bahawa kita tinggalkan sahaja pemerintah melakukan kemungkaran! Tidak! Tetapi nabi memberitahu kita: "Agama ini adalah nasihat! (Ikhlas) Kepada Allah, KitabNya, RasulNya, dan (menasihati) para pemetintah dan orang-orang awam." Inilah ajaran agama Islam! Iaitu nasihat!
* Masalahnya sekarang pada cara memberi nasihat, dan mereka, yang sedihnya, telah mengikut barat dalam cara memberi nasihat dan mengkritik kepada pemerintah!
* Islam menerangkan cara membuang air (kecil dan besar), sudah tentu perkara lebih penting seperti yang ada kena mengena dengan masyarakat! Maka ikut Islam dalam semua perkara, termasuk politik!
* Kita mahukan Islah (pembaikan)! Bukan kerusi (Parlimen)!
* Slogan kami: Hidayah untuk manusia sebelum memerintah manusia.
* Tidak mungkin memerintah sebelum rakyat menerima hidayah. Bagaimana rakyat akan mentaati sekiranya tidak mengikut hidayah?!
* Alangkah baik sekiranya mereka (parti-parti Islam) menggunakan tenaga mereka yang digunakan untuk politik itu disalurkan kepada usaha memberi petunjuk kepada manusia, sudah tentu banyak kebaikannya!
* Mereka sibuk dengan perkara yang tidak bermanfaat dan meninggalkan perkara yang bermanfaat.
Itulah, lebih kurang, ringkasan jawapan Shaikh Ayman. Lihatlah jawapannya! Adakah ia berbunyi jawapan seorang pengganas?? Kuliah yang dirakamkan pada 6hb Disember 2009 itu diadakan di tempat yang sama di mana beliau dan 9 orang lain ditangkap di Sungai Chinchin pada 21hb Januari 2010. Dan beliau tidak perlu menyembunyikan apa-apa kerana kuliah itu hanya kepada kurang daripada 10 orang, dalam tempat yang tertutup. Dan kuliah hari Ahad itu, biasanya dihadiri oleh rakyat Malaysia. Itulah pendirian beliau sebenarnya! Jauh sekali daripada dakwaan bahawa dia merancang ataupun menggalakkan apa-apa serangan di Malaysia, mahupun luar negara!
Mereka yang menentang pemerintah, melakukan keganasan dan kerosakan seperti yang ditakuti kerajaan Malaysia dan lain-lain, sekiranya dilakukan oleh orang Islam, maka mereka ini hanya segelintir yang berbau khawarij! Mereka senang mengkafirkan orang-orang Islam, lebih-lebih lagi pemerintah Islam yang tidak memerintah dengan undang-undang syariah Islam. Mereka banyak memberi penekanan terhadap kerosakan para pemerintah, menyingkap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan, lalu mengkafirkan mereka! Mereka juga banyak memberi penekanan tentang jihad dengan jiwa. Paling ketara sekali, mereka tidak mengendahkan nasihat ulama-ulama Islam. Akibatnya, mereka melakukan keganasan seperti mengebom dan sebagainya.
Kadangkala, saya terfikir samada mereka yang cenderung kepada keganasan ini, adakah ketua-ketua mereka ini agen-agen negara Barat yang ingin melihatkan Islam berkubur dengan fitnah-fitnah seperti ini. Sesiapa sahaja yang berfikir secara objektif tentang laporan-laporan media barat akan dapat melihat kecenderungan mereka menyokong pemimpin-pemimpin mereka menuduh kejadian-kejadian keganasan sebagai perbuatan pengganas Islam!
Ini bukan hanya gerak hati saya, tetapi gerak hati rakyat di negara-negara Barat juga! Sehinggakan kejadian merempuh bangunan World Trade Center, New York, dikatakan adalah perbuatan dalaman dan diketahui lebih awal oleh kerajaan Amerika dan lain-lain. Ada pula rakyat negara Barat yang mengatakan bukan kapal terbang yang merempuh, tetapi peluru berpandu! Dan kedua-dua bangunan WTC itu beserta dengan beberapa lagi bangunan kecil bersebelahannya telah diruntuhkan oleh bom, iaitu dengan cara Controlled Demolition!
Walaubagaimanapun, Shaikh Ayman tidak langsung seperti yang dilaporkan dalam akhbar mahupun oleh polis Malaysia! Beliau menentang keganasan sekeras-kerasnya! Sekiranya ada di antara pelajar yang bertanyakan soalan tentang keganasan, takfir dan seumpamanya, beliau akan menolak dengan sekeras-kerasnya! Ini perkara yang sedia maklum di kalangan pelajar-pelajar yang lama telah mengikuti kuliah-kuliahnya. Beliau sentiasa menasihati pelajar-pelajar agar menimba ilmu yang bermanfaat, beramal, berdakwah, tetapi tidak pernah mengajar keganasan sama sekali! Kitab-kitab yang digunakan untuk mengajar:
1. Kitab hadith Sahih al-Bukhari (bersama syarahnya, Fathul-Bari oleh al-Hafiz Ibn Hajr al-Asqalani) pada malam hari Khamis
2. Adab al-Mufrad, kitab mengenai Adab dan Akhlaq seorang muslim karangan Imam al-Bukhari, yang diajar pada malam hari Isnin, di UIA!
3. Kitab Mukhtasar al-I'tisam, karangan Alawi as-Saqqaf, tentang kaedah-kaedah memelihara kemurnian agama., yang diajar pada malam hari Selasa
4. Kitab al-Tanbihat al-Mukhtasarah Syarh al-Wajibat al-Mutahattimat al-Ma'rifah 'ala kulli muslim wa muslimah, karangan Ibrahim al-Khuraisy, tentang asas-asas Tauhid dan Iman, yang diajar pada pagi hari Ahad.
Inilah kitab-kitab yang diajar! Fikirkanlah! Jadual kuliah-kuliah ini diwar-warkan juga di dalam internet, di beberapa website. Ini bermakna kuliah-kuliah beliau bukanlah perjumpaan rahsia, malah ianya terbuka dan boleh dihadiri sesiapapun jua. Saya tertanya-tanya mengapa serbuan dibuat sebelum disiasat? Polis hanya perlu menghantarkan SB yang boleh berbahasa arab untuk hadir dan dengar apa yang beliau ajar, kerana kuliahnya memang terbuka untuk sesiapa tanpa halangan langsung! Semua diterima masuk dan mendengar!
Sekiranya benar wujud pengganas di Malaysia, maka saya berani bersumpah, Shaikh Ayman, Ustaz Azzahari (yang hanya hadir kuliah Sahih al-Bukhari, itupun jarang-jarang sahaja!), Shaikh Luqman dari Nigeria (seorang yang cintakan Sunnah nabi, sehinggakan sanggup membuat Masters bidang hadith kali kedua, walaupun sedang membuat PhD bidang hadith juga!), Huzaifah, dan lain-lainnya, bukan dari kalangan pengganas-pengganas itu!
Dan rumah Shaikh Ayman bukanlah sarang pengganas! Telitilah kitab-kitabnya yang ada di maktabahnya! Itu bukan kitab-kitab mereka yang memberi penekanan ke arah keganasan! Malah yang ada, kitab yang mengutuk keganasan dan kefahaman seperti itu! Dan "senjata" yang ada mungkin pisau dapur, garpu, sudu, sofa, tilam, bantal dan rak-rak buku.
Semoga semua yang bersangkaan beliau seorang pengganas diberikan petunjuk dan dibukakan hati oleh Allah.
Posted by Abu Khadeejah al-Mandili at 9:05 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, June 22, 2010
Sunday, June 20, 2010
Aiman Ad Dakkak NOT A TERRORIST
O Allah make the hands of those who slander and those who cooperate with them with the slander receive your worst punishment in the hereafter, and make those who are ignorance to have more knowledge and understanding of your religion.
Dipetik Dari Al-ahkam.net untuk bacaan Bersama
Pembelaan Buat Dai'e Yang Dizalimi: Shaikh Aiman; beliau pendakwah, bukan pengganas PDF Print E-mail
Written by MOHD MASRI BIN MOHD RAMLI
Sunday, 20 June 2010 12:42
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Hari ini aku menduduki peperiksaan subjek English for Occupational Purpose [EOP]. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, aku singgah sebentar di kedai yang menjual surat khabar, untuk melihat berita muka hadapan. Aku terhenti pada akhbar NST. Aku terdiam, muka depannya memaparkan komplot pengganas kononnya untuk mengebom rumah ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang. Nama yang dituduh ialah seorang insan yang amat aku kenali, Shaikh Aiman ad-Daqqaq hafizahullah.
Terdiam, aku berjumpa dengan rakan-rakan. Hati kami tidak tenang. Sambil menjawab peperiksaan, terbayang-bayang berita yang kami baca. Masih segar diingatan aku saat-saat fitnah bermula, pihak UTK menyerbu kuliah Sahih Muslim yang disampaikan oleh Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Rumah yang menjadi tempat lokasi penyebaran ilmu, yang dipenuhi dengan kitab-kitab yang berisi ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Nabawi ditohmah sebagai pusat pengganas, sebagai pusat melancarakan serangan di seluruh dunia.
Sungguh pendusta wahai kalian yang memberi maklumat kepada pihak polis! Sungguh pendusta kalian yang menulis di dada akhbar! Sungguh kalian pendusta dan akan dipersoal di akhirat kelak, di mahkamah Tuhan Yang Maha Adil. Tangan-tangan kalian yang berdusta, lidah-lidah kalian yang berdusta akan menjadi saksi di atas pendustaan kalian.
Hari ini selesai peperiksaan, aku terus membeli NST, mahu membaca apa berita di dalamnya. Sungguh jika muka hadapan terbalut 1000 pendustaan, kononnya Shaikh Aiman mahu menyerang rumah-rumah ibadat bukan Islam. Isi-isi di dalam pula penuh lagi dengan pendustaan.
Wahai pendusta! Wahai manusia yang zalim! Apakah kalian buta bahawa Shaikh Aiman ad-Daqqaq hafizahullah seorang yang mendakwah kepada Islam yang tulen. Apakah kalian lupa menyelongkar kitab-kitab fatwa di rumah beliau? Apakah kalian sebenarnya tidak tahu membaca Bahasa Arab sehingga tidak bertemu kitab-kitab tulisah Shaikh Muhammad Bin Saleh al-Uthaimin, Shaikh Ibn Baz, Shaikh al-Albani rahimahumullah! Inilah antara ulama'-ulama' kontemporari yang menjadi sumber rujukan Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Wahai PDRM! Apakah kalian tidak pernah menyemak fatwa-fatwa ulama' ini tentang serangan berani mati? Nah! Sini aku sertakan video kenyataan Shaikh Muhammad Bin Shalih al-Uthaimin rahimahullah tentang bom bunuh diri:
video
Inilah kenyataan ulama' yang sering menjadi rujukan Shaikh Aiman ad-Daqqaq. Apakah kalian tidak memeriksa semua ini sebelum melemparkan tuduhan dan fitnah kepada seorang pendakwah?
Atau apakah ada manusia yang menjadi tangan ghaib untuk menghapuskan dakwah tauhid, lalu memainkan isu fitnah. Ya, tangan-tangan ghaib yang pernah memfitnah Ibn Taimiyyah pada zamannya hingga Ibn Taimiyya disumbat ke dalam penjara. Tangan-tangan ghaib yang dimiliki golongan penyembah kubur, golongan zikir menari, golongan penyebar hadis palsu, golongan yang memusuhi dakwah tauhid dan sunnah.
Aku merayu kepada SB-SB yang membaca tulisan aku ini. Jadikanlah kerja kalian ibadah, sungguh kalian sedang memfitnah seorang insan yang tidak berdosa. Lupakah kalian ketika kalian menyerbu kami, menangkap kami, kami tidak melawan sedikitpun, tidak memaki hamun anggota polis sedikitpun. Kami hanya dengar dan taat kerana kami tahu kalian wahai pihak keselamatan hanya menjaga keamanan dan menjalankan tugas.
Tidak kasihankah kalian kepada ahli keluarga mangsa tahanan fitnah ini. Mereka ada yang mahu menghabiskan Phd, ada yang hampir selesai, ada yang baru memulakan master. Dihantar pulang begitu sahaja, ahli keluarga dibiar terkapai-kapai di Malaysia, dan tiada sedikitpun belas kasihan kalian, membiarkan anak terpisah daripada ayahnya, memisahkan si isteri dari suaminya. Lupakah kalian ini yang kalian lakukan beberapa bulan yang lalu?
Kalian menjadikan si anak yatim sedangkan ayahnya masih hidup. Kalian menjadikan si isteri balu sedangkan suaminya masih hidup. Lupakah kalian!
Setelah mereka semua dihantar pulang. Ya dihantar pulang, kerajaan negara mereka menyambut mereka. Yang Nigeria disambut oleh pihak pemerintah mereka kerana mereka tahu rakyat mereka bukan pengganas. Yang sudah pulang sudah merasa aman. Si isteri dan anak-anak dihantar pulang atas ehsan wang derma rakyat Malaysia yang mempunyai perikemanusiaan. Kini, ketika mereka tiada di Malaysia, kalian memalu kembali gendang fitnah. Kalian memfitnah mereka di dada-dada akhbar tatkala mereka tak mampu mempertahankan diri mereka.
Wahai pihak keselamatan! Berhati-hatilah kalian dengan pihak penabur fitnah. Ya, perangilah golongan pengganas. Hapuskan mereka yang melakukan keganasan dengan bertopengkan Islam. Tetapi, aku merayu di sini, jangan dihukum mereka yang tak bersalah. Jangan ditangkap para pendakwah yang tidak tahu memegang pistol apatah lagi M-16. Kalian melakukan kesilapan yang besar! Kalian sedang memfitnah seorang pendakwah yang menentang aliran pengganas yang bertopengkan Islam. Kalian sedang memfitnah seorang pendakwah yang menyeru masyarakat kembali kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Berhati-hatilah kalian dengan pemberi maklumat palsu! Periksalah kitab-kitab yang ada di rumah Shaikh Aiman, periksalah semua kitab-kitab beliau, nescaya kalian tidak menemui seruan membunuh manusia tidak berdosa, kalian tidak akan menemui seruan untuk menyerang rumah-rumah ibadat.
Wahai pembaca sekalian! Aku teringat pada liqa' terakhir [yang juga pertama selepas sekian lama aku tidak hadir ke kuliah beliau] sebelum Shaikh Aiman dimasukkan ke Hospital Tawakal. Seorang yang hadir bertanya isu nama Allah, diceritakan isu serangan ke atas gereja. Kalian mahu tahu apa jawapan Shaikh Aiman? Kalian mahu tahu apa yang beliau seru? Apa yang ada di fikiran kalian? Kalian fikir dia suruh kami berjihad dan menyerang gereja-gereja? Jika itu fikir kalian, sungguh pemikiran kalian terpesong. Beliau menyeru semua umat Islam bertenang. Beliau menasihati kami agar menjauhkan diri daripada terlibat dengan hal-hal tersebut. Beliau menasihatkan kami memfokuskan kepada yang lebih penting, menuntut ilmu, berdakwah, dan bukan menyibukkan diri dengan isu perebutan nama Allah antara Kristian dan Islam. Kalian lihat, ketika isu nama Allah sedang panas, ada gereja dan surau dibakar. Shaikh Aiman ad-Daqqaq menasihati kami agar bertenang, jangan melibatkan diri dengan hal-hal yang tidak berfaedah ini. Kata beliau, isu nama Allah ini hanya menjauhkan umat dari hal-hal yang lebih penting.
Pembaca sekalian. Aku mengenali Shaikh Aiman ad-Daqqaq sejak aku tahun 1 di UIA Gombak. Aku menghadiri kuliah Aqidah Tahawiah beliau. Bila Ramadhan, aku menghadiri tazkirah-tazkirah beliau selepas solat Terawih. Beliau mengajar kitab Adab al-Mufrad yan membicarakan soal adab dan akhlak.
Inikah sosok tubuh yang kalian gelar pengganas. Sungguh aku merayu pada pihak kerajaan, pihak PDRM, hentikan fitnah-fitnah ini. Kalian sedang menzalimi insan-insan yang tidak bersalah. Hanya pada Allah tempat kita berlindung.
Berdoalah agar Allah membukakan hati-hati pemimpin kita untuk menjauhkan diri daripada fitnah ini. Berdoalah agar Allah memberikan petunjuk kepada pihak keselamatan agar yang benar-benar pengganas ditangkap, dan yang tidak bersalah diberi keadilan. Berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada kaum pembuat fitnah, atau jika tidak, berdoalah agar Allah menghancurkan kaum-kaum yang zalim, yang memusuhi Islam dan para pendakwah yang menyeru kepada Islam.
Ya Allah, hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.
-tulisan ini ditulis pada hari Khamis 17 Jun 2010 di UIA Gombak-

Wednesday, January 27, 2010
Assalamualaikum
Assalamualaikum, welcome to the the new dakwahsunnah.blogspot.com.
Audio lectures can be obtained from
dakwahsunnah.4shared.com
Audio lectures can be obtained from
dakwahsunnah.4shared.com
Subscribe to:
Posts (Atom)